Siapakah yang bisa untuk menghuraikan maksud 'BERDUA BERSATU' ? ?
Maksud ini sering menjadi bahan di bibir pasangan yang bercinta... Setiap pasangan inginkan kebahagian daripada orang yang dicintai. Tetapi sejauh manakah perasaan sayang dan cinta itu bertakhta dalam hati setiap pasangan yang di cintai itu?? Jika setiap pasangan yang sedang hangat bercinta pasti inginkan komitmen yang tinggi dalam kisah percintaan setiap pasangan. Ia juga tidak ubah seperti menjaga seorang bayi kerana seorang bayi inginkan kasih sayang, perhatian dan belaian cinta, tetapi tidak perlulah kita harus mengorban apa yang diberikan oleh Allah S.W.T terhadap kaum lelaki hanya berdasarkan rasa cinta yang hadir lalu mengadaikan rasa maruah dan harga diri kita menjadi hina. Ingatlah bahawa setiap perbuatan dan kelakuan kita sentiasa diperhatikan olehNya. Sebagai mukmin, kita seharusnya biasa membataskan perhubungan. Jika inginkan perhubungan yang direstui olehNya, lebih baik jika mengikat sahaja agar perhubungan tersebut tidak terlibat dengan perbuatan terkutuk.
Pasangan yang sedang bercinta pasti inginkan kasih mereka sentiasa berkekalan dan kenangan yang manis mereka terpahat membuku di hati mereka,oleh itu mereka mengikat kasih antara mereka dengan perkahwinan yang sememangnya halal dan di tuntut oleh syarak Islam. Kasih yang bersemi pasti menjadikan mereka kekal dan tetap berdua bersatu. Ditambah dengan hadirnya kehadiran cahaya mata, pasti kebahagiaan mereka bertambah ceria. Oleh itu, semaikanlah perasaan cinta dan kasih sayang pada landasan yang benar. Semoga sahaja perasaan itu dirahmati olehNya. Amin.


No comments:
Post a Comment